My photo
hey I'm yana. This blog where i express everything. hope you enjoy it

Inginkan kulit sihat ??

Hyee semua :) sihat tak hari niee ?? Okeyy sekarang yana akan cube luangkan lebih masa kat blog yana nie untuk shared cerita dengan korang semua . Apa yang yana tau InsyaAllah yana akan shared dengan korang semua okeyy . Hari nie yana nak shared tentang sesiapa yang nak kulit nampak sihat .

Makanan mempunyai peranan yang sangat penting dalam menjaga kesihatan kulit samada matahari atau pencemaran. Berikut merupakan beberapa jenis makanan yang perlu diambil supaya kulit sentiasa sihat dan terhindar daripada kerosakan yang disebabkan oleh radiasi sinar matahari . Jom kita tengok sedikit sebanyak tips kecantikan :-



1. OREN

             Oren mengandungi limonene (senyawa kimia ekstrak kulit oren). Berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap 470 lelaki dan perempuan, didapati bahawa senyawa kimia ini mampu mengecilkan risiko kanser kulit sehingga 34%. Limonene banyak terdapat pada kulit oren, bahagian dalam dan luarnya. Senyawa ini mampu melawa molekul senyawa yang tidak stabil (radikal bebas) akibat radiasi dan merosakkan tubuh. Untuk mendapatkan manfaatnya, kulit oren boleh diadun menjadi kek dan kuih ataupun dicampur dalam teh suam.

2. TEH HIJAU

              Teh hijau bermanfaat untuk kesihatan kulit kerana kandungan antioksidan yang terdapat didalamnya iaitu Epigallocatechin gallate atau EGCG. EGCG merupakan sejenis senyawa yang kebiasaannya terdapat pada daun teh, daun pisang dan beberapa tanaman lain. Zat ini hanya ditemui pada teh hijau tetapi tidak pada teh hitam. Menurut EGCG ini mampu menghentikan kerosakan genetik pada kulit manusia akibat paparansinar UV yang berlebihan. Selain itu, zat ini berguna untuk menghalang pertumbuhan sel kanser kulit.

3. LOBAK DAN SAYURAN BERWARNA MERAH 

              Lobak dan sayuran berwarna merah, kuning dan oren mengandungi karotenoid (zat yang memberiwarna merah semulajadi pada sayur-sayuran dan buah-buahan) yang diketahui mampu mengurangkan risiko kulit terbakar oleh sinar matahari. Kandungan beta karoten berfungsi sebagai antioksidan yang menghalang proses penuaan pramatang. Selain itu, ia juga mampu mencegah dan menghalang pertumbuhan sel kanser pada kulit.

4. SALMON

              Salmon merupakan sumber terbaik asid lemak omega-3. Kandungan asid lemak omega-3 terbukti berkhasiat untuk melawan perubahan DNA sel-sel kulit yang akan berubah menjadi sel kanser. Selain itu, minyak pada ikan membantu mengurangkan masalah kulit terbakar.

5. BAYAM

               Sayur yang mempunyai daun berwarna hijau gelap seperti bayam, salad dan lain-lain ternyata mengandungi banyak zat antioksidan. Kandungan antioksidan yang terhadap di dalam bayam dikenali sebagai lutein dan zeaxanthin mampu menghalang pertumbuhan sel-sel perosak yang pertumbuhannya dirangsang oleh sinar UV dalam tisu kulit.

6. WALNUT

               Sama seperti salmon, walnut mengandungi banyak asid lemak penting omega-3 yang membantu mengatasi kulit terbakar disebabkan paparan sinar matahari. Selain itu, walnut juga mengandungi antioksidan yang mampu melindungi sel radikal bebas dan pertumbuhan sel kanser dengan cara mengutakan sistem kekebalan kulit.
:: Okeyy itu tips-tips yang dapat yana kongsi dengan korang semua . selamat mencuba yee ;)


♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Yana ! Kalau Suka Like Oke !ヅ♥

6 ciri lelaki berkualiti


hyee semua . lamanya yana x update blog yana niee . maaflah yana sibuk dengan SPM yg tengah berlangsung . dan sekarang yana dah habis paper . rasa lega kepala otak . apa yang diajar oleh cikgu selama nie yana keluarkan habis-habisan . hehe . alhamdulillah yana dapat habiskan paper yana :) tentang result ??? tuu tolak tepi dulu . sekarang yang yana tau bertawakal sajaa laaa . kalau ada rezeki dapat lebih . kalau takde rezeki nak buat macam mana yana dah cuba sedaya upaya yana :) 

ehhh . bukan cerita tentang SPM yang yana nak kongsi dengan anda semua niee . tengokkan tajuk kat atas nun :) okeyy tentang itu yang yana nak kongsi dengan korang niee . 

dalam membuat pilihan hidup , tentu saja lelaki inginkan yang terbaik dari pasangannya iaitu akhlaknya , keturunannya , sikap dan sebagainya. jika lelaki ada kriteria memilih pasangan ,  wanita juga begitu , memilih lelaki yang berkualiti . justeru itu bagaimana menjadi lelaki yang berkualiti ?? jom tengok bawah nie.......:-

1. Mempunyai kerjaya tetap
              Kerjaya lelaki adalah asa utama wanita memilih anda. Lebih tinggi kerjaya, pendapatan dan masa depan yang konsisten, lebih bernilai anda di mata wanita. Jangan cepat mengalah jika tidak mendapat pendapatan tinggi sebaliknya usahakan segala kudrat kerana anda sememangnya dilahirkan sebagai khalifah untuk memimpin wanita.

2. Berfikiran matang
              Wanita tidak suka lelaki yang tidak mampu memberi buah fikiran terbaik saat mereka memerlukan anda. Dalam hal ini anda harus matang, bermakna anda perlu mempunyai pengetahuan luas khususnya dalam perkara membuat suatu keputusan.

3. Mampu selesaikan pelbagai masalah
               Masalah memang menyemakkan kepala tapi lelaki berkualiti mampu menyelesaikan dan mendepani masalah dan menanganinya dengan sangat bijak. Lari daripada masalah bukan penyelesaian, sebaliknya cara anda menanganinya membuatkan saham anda di mata wanita sangat tinggi.

4. Urus masa dengan baik

               Ramai lelaki tidak mempu mengurus masa sendiri. Banyak masa dibuang begitu sahaja dengan melepak, borak kosong, mengganggu di jalanan dan sebagainya. Ia adalah satu tindakan kurang bijak. Agar anda lihat berkualiti di mata wanita maka sikap ini perlulah dibuang jauh.

5. Setia
                Anda mungkin biasa mendengar lelaki golongan yang sukar setia dan sering bermata keranjang. Namun untuk memilih yang terbaik dalam hidup seterusnya masa depan anda yang masih panjang, kesetiaan amat perlu. Banyak rumah tangga runtuh dan puncanya kerana lelaki tidak setia pada pasangannya.

6. Tidak bertindak ganas
                Lelaki sering dikaitkan dengan sikap panas baran. Namun memukul wanita adalah perkara yang tidak boleh anda lakukan. Kalau tangan dan kaki sudah naik ke tubuh, alamatnya hubungan anda tidak akan kekal lama.



♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Yana ! Kalau Suka Like Oke !ヅ♥

SPM already is coming


heyy heyy . SPM dah datang laaa . what ?! ouchhh takut ada , gelisah ada , rasa macam takmau datang isnin nanti . haha . tak tak kau kene datang yana ini masa depan kau okeyy . kau boleh buat ! orang boleh dapat 9A kau pun boleh dapat ! yaaaa aku boleh buat ! :)

ehem . di kesempatan ini yana nak susun sepuluh jari memohon maaf kalau yana ada buat salah dengan korang semua . tak kiralah dari segi kata , kelakuan yana yang buat korang rasa sakit hati dengan yana . yana merayu sesangat sangat kat korang tolonglah maafkan yana okeyy . yana insan biasa juga kadang-kadang tak sedar kesilapan sendiri . jadi tolonglah maafkan yana . yanatak mintak banyak yana cuma mintak korang maafkan yana . okeyy now kita 0-0 okeyy ;)

dekat cikgu-cikgu yang pernah mengajar yana dari yana sekolah tadika sampailah sekolah menengah . yana mintak maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki yerr cikgu . kepada kawan-kawan yana di perak , johor , kuantan , dan dimana-mana saja laa . heyy aku mintak maaf berbanyak dari korang semua okeyy . segala apa yang korang pendam kat aku . marah kea aku mintak maaf sesangat sangat . janganlah simpan perasaan marah tuww lama-lama ekk . hehe . dan terakhir sekali :) kepada mak dan abah . kakak mintak maaf sekiranya kakak buat mak dan abah sakit hati dengan sikap kakak kat rumah niee . yaaa kakak tau banyak salah kakak dekat mak dan abah :'( kakak mintak maaf ekk . halalkan ape yang mak & abah bagi kat kakak ekk . kakak sayang mak & abah :*

tulis , tulis juga tak sangka ekk dah habis sekolah pun yana sekarang . haha macam tak percaya serhh . tadi kat sekolah yana dan kawan-kawan yang lain dapat sijil berhenti sekolah tengok sijil tuu macam tak percaya dah habis sekolah dan selepas nie kehidupan yana lain dari sekarang . kene berdikari sendiri . cari duet sendiri :) yana mintak korang doakan perjalanan hidup yana berjalan dengan lancar :) aminnn......



♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Yana ! Kalau Suka Like Oke !ヅ♥

berharap ????

soalan: ehmm kawan-kawan acano ekk kalau ada someone tuu berharap yang terlalu tinggi dari kite untuk terima dia dalam hidup kita sedangkan kita takda rasa pape dengan dia ? 

mende nie jadi kat yana . ada someone tuu sukakan yana dah lama dan dah tunggu yana terlalu lama . yana dah terang kat dia yang yana takda hati dengan dia . dan dah terus terang pun . tapi dia tetap tunggu . adakah dia tergila-gilakan yana ? waawww janganlah yana taknak macam tuu . yana taknak akitkan hati orang disekeliling yana . yana taknak sakitkan hati dia . kalau dia tau yang yana ada hati kat orang bukan dia acano ?? -.-' serius buntu sesangat nie taktau nak buat apa dah dengan lelaki nie . kadang-kadang rimas laaa . tiap kali yana online facebook mesti ada 1 inbox dari dia . ucapan dia hanya "saya sayang awak" dah rungsing dengan dia nie . kat handphone pun hubungi jugaa . yana taktau nak elak macam mana lagi -.-' 



nampak kann ??? ehhmm taktau nak buat apa dahh dengan dia nie . tengok laa yana dah bagitau yang yana taknak semua nie . tapi see dia tetap dengan keputusan dia -.-' susah jugaa kalau ada orang yang macam niee ekk . dah lama dia simpan perasaan kat yana dan baru sekarang yana tau -.-' arrgghhh! serabut dengan semua nie . ehh awak yee awak yang tergila-gilakan saya nie -.-' saya mintak maaf sesangat saya tak dapat nak terima awak laa . awak takde dalam hati saya dan saya tak pernah kenal awak . kita hanya kawan di facebook jekk . tak lebih . kalau sebelum nie cara saya membuatkan awak jatuh hati dengan saya . saya mintak maaf sesangat . awak dengan kawan-kawan di facebook saya same jek . tak kurang dan lebih . tolong faham situasi saya . jangan buat saya macam nie awak . saya tak sampai hati nak tengok awak macam niee tolonglah lupekan saya :3


♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Yana ! Kalau Suka Like Oke !ヅ♥

PLKN



hai semua . lamakan yana tak update story . last update time raya hari tuu wawwww lama kot . hehe sorry guys yana agak busy arr sekarang . dengan kelas sampai petang . malam ada study group lagi . yelaa bape minggu jek lagi nak SPM kann :O makin dekat makin takut rasanya . takut masuk dewan peperiksaan nanti jem terus kepala otak . ermmm janganlah macam tuu ekk . SPM nie laa nak menentukan perjalanan hidup yana selepas habis sekolah . yana mintak korang semua doakan yana dan kawan-kawan berjaya untuk SPM nie and hope kami dapat menaikkan peratus SPM bagi tahun 2012 nie :)

ehem nampak tak nampak tak kat atas nie ? hihi . korang amacam ? dapat ? yana tak dapat masuk PLKN nie . ramai yang taknak pegikan ? tapi bagi yana . yana nak sangat pegi sebab aktivitinya best laaa . rugi tau siape yang dapat pegi tapi takmau pegi . tak kesian kat NAJIB kea ? penat-penat dia letak nama korang tapi korang takmau pegi -.-' ha3 pagi-pagi nie kau merepek maraban apa yana ? heyy korang siapa yang dapat pegi tuu TAHNIAH diucapkan . teruskan perjuangan anda semua okeyy :D 

dalam kelas yana yang terpilih hanya 6 orang saja iaitu amirah, shakila, shafiq, afdur, irzwan, ashieq . heyy tahniah ekk buat korang berenam nie . jangan sedih bila dapat nie . haha . semangat kene kuat okeyy . berani sikit bile dah langkah masuk kat pusat PLKN tuu . aku doakan korang semua berjaya menjalani program nie . kepada dua orang adik aku tuu (amirah & shakila) korang jangan rasa takut okeyy . berani duk sana . long doakan korang berjaya . ucu kau jangan rasa takut sangat . kau pun sama ngah . jangan suka fikir yang bukan-bukan sangat . kalau dapat tempat yang okeyy Allhamdulillah . tengok pada tempat jugak ucu angah :) good luck okeyy ;)


♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Yana ! Kalau Suka Like Oke !ヅ♥

Selamat Hari Raya



heyy . hari nie dah raya ke-8 . kejap jek rasanya . ehem! raya nie yana balik kampung at perak & noghori . hehe . korang balek mana ? tapi kann . tahun nie yana raya kat hospital laa . nenek yana kene tahan wad time raya tuu . kesian dia . nangis-ii nak balik nak beraya dengan anak-ii . cucu-ii . menantu kat rumah . aleh-ii doktor tak bagi nenek bagi sebab nenek dah teruk :'/ tapi allhamdulillah pagi tadi yana baru dapat tau yg nenek yana dah keluar dari wad :') yana baru jek balik niee . baru petang tadi sampai . penat ? takyah cakap arr . memang penat laa kann . tpi rela bukak lappy semata-mata nak update blog nie. haha *teruknya perangai kau yana :D

raya tahun nie jugaa yana balik perak lama tau . hampir smnggu :) . sebelum nie raya k-2 dah balik . ouchh ! x seronok langsung >.<' tak puas rasanya lepak dengan BigFamily :D . kali nie yana balik lama . pae lagi yana amek kesempatan arr jalan-ii tempat lama , rindu rasanya bile tengok tempat lama . rasa nak duk sana balik :'( . semua ada , semua dekat .


ehh ! gambar sape pulak tuu ? haha . tuww gambar yana dengan pakcik yana laa. bukan pakwe okeyy :) kami memang rapat . dari kecik lagi dye laa yg paling yana rapat . lain yana rapat gak . tapi yg nie suka melayan kerenah yana yg pelik-ii nie . haha . time nie kami on the way nak balik rumah . baru lepas beraya kat hospital :D . tengok nenek laa . ape lagi kann , sebelum balik tuww yana ajak dye pegi sana sini . kesian pakcik yana pening layan kepala yana . tapi dye okeyy jekk . :D . sayang sama pakcik yana niee .

heyy-ii raya nie kann . sungguh bermakna bagi yana jugaa . yelaa sebab dapat anak saudara . sulung perempuan pulak tuww . haha. comel tau muka dye . muka dye macam sepupu yana . (bapak dye) geram jek yana tengok dye . sampai-ii jek rumah maklong yana . yana carik baby dulu . hikhik . yana suka tengok baby . comel-ii tau :) tambah pulak yana takda adek perempuan kann . :') haa raya tahun nie jugaa yana dapat jumpa kawan-ii lama yana . dari sekolah rendah . lama dah x jumpa tau , bila dapat jumpa nie . seronok sangat :) . bukan kawan lama jek yana jumpa . kawan baru pun yana jumpa gak :) . yana kenal kat facebook . then kami janji untuk jumpa . jumpa laa time yana nak balik JB daa :) . bile yana jumpa kawan lama . aauummmm . mulut yana memang bising . haha . biaselah kami memang sekepala . lagipun dah lama x jumpakan jadi sawan gituww laa , haha . yg kawan baru lak ? ehem ! malu-ii kucinglah bagai . gedik jek time tuww . lalala~ biarlah kann! :p

 
#nie dengan kawan lama yana . nama dia ? org panggil bidin jek . hehe .dye nie kepala angin juga laa . siapa x kenal dengan kepala angin dye tuww :D tapi dengan yana wat mase sekarang okeyy lagi laa . mau tak okeyy . sape nak dgr luahan hati dye nanti kalau bukan yana . haha

#ehem! nie kawan baru yana . kawan dari facebook . hee kalau dekat bolee laa jumpa kalau jauh memang takkan jumpa laa kann :) dia pemalu org yerr . taktau laa mula-ii jumpa ke or memang dye macam tuww kann :) tpi best laa dapat jumpa dye . frist time jumpa nie tau :)

#yeaahh! nie laa anak saudara yana . excited abis laa bile dapat anak saudara . haha . amacam yana dukung baby nie ? okeyy kann ? boleh laa jadi mak dah kann ? haha puihh! sekolah pun x habis lagi :D . nama baby nie kan . (Siti Nur Qaseh Dayana Binti Hashibullah) aauummm :D


weyyy mata yana betul-ii x larat nak bukak dah nie . haha . lain hari yana akan update cerita lagi okeyy :) sorry kalau cerita kali nie agak bosan . yaaa . memang sebab yana tulis dalam keadaan menggantuk --' harap maaf .btwy yana nak bagitau nie :) yang yana terkilan sangat-ii sebab tak dapat jumpa kawan-ii lain . abg yana . MyCrush --' . dah janji baju raya warna sama bagai . tapi kami x jumpa jugaa . sedeh woo :) . tapi takpe laa takda rezeki kann :') . tapi tah kenapa yana rindu kat dye tuww sangat-ii . rindu nak tengok muka comel dye tuww . rindu nak dengar dye nyanyi . rindu nak dengar dye ketawa . rindu nak dengar dye membebel . rindu nak tengok air mta dye . rindu nak webcam sesama lagi dengan dye . rindu nak tengok dye senyum-ii . rindu nak tengok dye ngusik-ii yana.  yaa ! aku rindu kau sangat-ii Crush . tah kenape . aku call kau hari nie kau x angkat-ii . maybe kau buzy kann dengan kawan-ii :) takpe aku faham . aku sentiasa doa supaya kau akan berubah suatu hari nanti . adakalanya kau okeyy , adakalanya kau terpakse dengan keadaan sekeliling kau :') 

kau selalu cakap aku nie poyo laa . mendelah . aku x penah amek kesah . kalau pompuan lain ? haha! dh lame tchink kann ? tp aku dh tau kau nie memang jenis slamber . slamber habislah . kau dass aku , aku dass kau balik kann ? time cuti seminggu nie . kau asyik sruh aku call kau jek . katenya saje nak dengar suara . asal laa kau ego sangat , haha . aku x kisah laa . aku call jelah bile-ii pun . sebab aku dah lame x call kau laa kann yg kau sruh aku call jek . sorry agak bz siket :) . ehem! dah lari tajuk . haha :D okey jom tidur. besok nak bangun awal . nak pergi beraya dengan kawan-ii sekelas :) selamat malam semua . ;)

♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Yana ! Kalau Suka Like Oke !ヅ♥

semua line akan busy !


heyy (y) selamat tengah hari semua :) . dah solat zohor kee korang nie haaa ? hewhew . panas sungguh hari niee kann ? rasa macam x larat sangat-ii hari nie --' nak jekk berbukak . lalalalala~ :p . untung sape yg dah bolee raya tuww . haha :D tak faham ? alahai buat-ii fahamlah kann :p

errmmm . okeyy yana tau time nak dekat raya nanti mesti line semua busy tak kiralah maxis . celcom . digi . Umobile . apa lagi ? semua akn busy kann ? taktau kenapa busy sangat --' bukan ada wat pape pun . setiap kali raya . mesti line busy . raya cina . depavalli . raya puasa . raya haji . pape jelaa . ada jelah yg busy . dah tuww nak send mesej asyik-ii x lepas sedangkan kredit banyak sangat . yelaa dah ready nak hantar mesej raya kat kawan-ii . nak mesej bagi kat pakwe *sape yg ada pakwelah* macam yana yang single nie . hantar kat kawan-ii & saudara mara ^^' .

aarrgghh ! sebelum line busy . line internet pun busy . yana dengan kesempatan yg ada nie nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN" untuk korang semua :) . okeyy kalau yana ada terkasar bahasa dekat Facebook , Twitter , Blog , kat luar sana & mana-ii jelaa . yana nak mintak maaf dengan korang semua dari hujung rambut sampai hujung kaki :') yana taktau yana ada salah kee takda kee dgn korang semua . kalau ada maafkanlah yana ekk :') . yana tau yana bukan manusia yg sempurna . ada sajee salahnya . macam tuww jugaa korangkan ? tapi don't worry . kalau korang yana maafkan semuanya . yana x suka dendam-ii dgn orang . nak simpan perasaan marah dengan org lelame :) kesian orang tuww . aaauummm baik takk ? hahaha ! 

okeyy tuk mak & abah kakak pun nak mintak maaf dengan mak & abah . kakak tau selama nie kakak ada banyak salah dengan mak & abah . kakak anak yg nakal :') tak dengar cakap . suka betah . macam-ii lah kann . kakak mintak maaf sangat-ii mak & abah . kakak sayang korang :'/ tak pernah terlintas nak sakiti hati mak & abah :'/ . tapi kadang-ii kakak x sedar apa yg kakak buat . jadi tolong tegur segala kesilapan kakak & maafkan segala kesilapan kakak ekk . I LOVE YOU BOTH SO MUCH ! :*

thank sudi baca entry yana nie . sape yang balik kampung tuww . hati-ii bawak kereta okeyy . kalau naik bas tuww . banyak-iikan istifarlah sebelum pape yg terjadi :) yana doakan korang semua selamat sampai & balik :) doakan yana jugaa ekk . perjalanan dari johor ke perak . dari perak ke negeri sembilan & dari negeri sembilan balik ke johor semula bukan dekat .sangat-ii jauh :)

♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Yana ! Kalau Suka Like Oke !ヅ♥

raya nak dekat pelajar makin malas datang sekolah


heyy . selamat pagi semua (y) sihat taa hari niee ? :) ehh . rayaa dah dekat niee . korang dah beli kee baju raya ? kuih raya dah buat kee ? rumah dah kemas kee ? ehem ! banyak betul tanya yee ekk ? haha! yana daa beli semuanya . settle daa . sal baju rayaa . dah beli semuanya . kuih rayaa ? dah banyak . buat okeyy x mainlah beli-ii . hehe . rumah ? errmm . rumah sentiasa cantik . lalalalalala~ :D raya tahun nie yana balik kampung laa . kampung yana kat perak & negeri sembilan . waaawww :O jauh-ii kann ? :) nak buat macam mana lagi dah jodoh mak & abah yana jauh-ii belaka ^^' yana nanti taktau macam mana pulak kann . aiceehhh :D



ehh . banyaknya baju kurung ? hehehe . gambar kat atas tuww sebenarnya gambar yana . maaf bahagian muka x nampak . nak buat apee tunjuk muka . bukan lawa mana pun yana :D . okeyy baju yg yana pakai semua tuww baju yana untuk raya nanti . aauummm ^^' banyakkan ? hihihi . setiap warna tuww ada ceritanya . haha! okeyy baju merah tuww untuk majlis perkahwinan pakcik yana yg akan datang niee . sebab temanya merah . jadi 1 keluarga pakai warna merah . bagi perempuan corak semua sama . waaaah ! mesti meriahkan . kan kann ? hehe . okeyy baju hijau tuww pulak ? untuk sapee ? hihi . ada laa someone niee suruh yana sama warna dengan dye raya tahun niee . sape name dye yana ? aaummm . biarlah yana jek yg tau okeyy :) kami hanya kawan . takda pape pun okeyy . x lebih dari kawan . hanya sajaa suka-ii nak sama warna baju raya niee . ehh ! x salahkan ? --' *ehh baju tuww kalau korang tengok mcm warna biru kann ? tpi buka warna biru . warna hijau :)*  haaa untuk baju seterusnya tuww . warna grey . tuww tema untuk keluarga besar yana kat perak . harap jek tema warna grey . tapi nanti semua macam 1Malaysia daa . ada yg warna hijau laa . warna lain laa selain grey . geram jek >.<' *sebab diantara kami tuwww tak suka warna grey --'* okey lawa x baju-ii raya yana ? ^^' haha . baju lawaa orang x pun kann , :) x kisahlah asalkan ada baju untuk raya tahun niee :)

dan raya tahun nie maybe kurang meriah sebab nenek yana sakit :') . so kami hanya duk kat rumah kot . tengok keadaan nenek . buat masa sekarang dengar macam sihat sikit :') mudah-mudahan raya tahun niee dapat bersama dengan nenek :'/ aminnn :*

ehh! hari nie yana x pergi sekolah laa . haha . maaf cikgu ingat dah cuti hari nie . rupa-iinya besoklah . huhu . mood raya jek sekarang niee . sekolah ? alahai malas rasa nak fikir . tapi tetap kene fikir sebab naik sekolah seminggu lepas tuww dah trial SPM :/ wa banyak takut maaa . tolong doakan yana berjaya okeyy . thank sayang korangg . muuaaahhh siket :* 
terima kasih untuk sape-ii yang baca entry yana niee . yana nak ucap SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN :D mintak maaf kalau yana ada wat salah okeyy guys :* (y)

♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Yana ! Kalau Suka Like Oke !ヅ♥

nenek sakit tenat kat perak sanaa :'(


tok ! kaka rindu sangat-ii kat tok . tolong jangan pergi sebelum kakak balik :'( kakak nak jumpa tok . nak cium-ii tok . nak peluk-ii tok . dah lama kakak tak balik tengok tok . :'( urmmm . dengar jek tok sakit terus kakak call maksu tanya sal tok kat maksu . maksu cakap tok baik-ii jek . alhamdulillah :') rasa lega siket hati niee . tapi hari sabtu tuww pakteh call mak . mak x sempat angkat . pakteh call kakak . adehh ! handphone pulak rosak ! >.<' hati dah gelabah . mak x henti-ii call pakteh semula . akhirnya dapat jugaa call pakteh . pakteh cakap tok dah nazak ! YaAllah kat situ jugaa kakak nangis tok . time tuww nk berbukak . terus takda selera nak makan . makan siket jekk . tuww pun abah suruh :'(

serius ! x sanggup kehilangan tok lagii . kakak tak bersedia lagi tok . kakak nk jumpa tok duluu . nak peluk-ii tok puas-ii . kalau nangis kat bahu tok . biarkan jelaa ekk . kakak terlalu rindukan tok ! :'( tok tolong kuat tok . sekarang kakak dengar tok dah x bolee makan . kalau x makan macam manaa nak dapat tenaga ? :'( YaAllah teruknya tok aku menanggung sakit dye sekarang niee ? sekarang aku dengar tok dah lumpuh :'( :'( :'( lagi pilu rasanya hati nie :'( . rayaa nak dekat . kesihatan tok macam niee :'( YaAllah tak sanggup nak tengok nanti :'( takut nangis tak henti-ii karang tengok keadaan tok :'(

tok kakak sekarang duk jauh sangat dengan tok . tok kat perak . kakak kat johor . nak balik ambil masa 12jam tok . susah nak balik tengok tok :'( kalau dulu takpe . kakak duk perak . dengar tuk sakit jekk time tuww jugaa ajak mak abah balik kampung :'( tapi sekarang dah susah . susah sangat nak balik . kadang-ii setahun 2 kali jek balik .kalau dulu tiap-ii minggu bolee balik kampung :'( YaAllah kau sembuhkanlah kesihatan tok aku . aku nak jumpa dye sebelum dye pergi :'( yaaa aku tau dye akan pergi jua suatu hari nanti . dan aku kene terima takdir tuwww . tapi aku nak jumpa dye duluu :'( . nenek yg paling aku sayang . yg paling manjakan cucu dyee :'( YaAllah aku tak kuat semua niee . ada sajaa dengar tok makin teruk :'( hati aku ronta-ii nak balik perak cepat-ii . tapi sekolah x cuti lagi . abah pun masih kerja lagi . jumaat nanti baru balik . tapi nak tunggu jumaat tuww macam-ii bolee jadi :'( . aku akan rindu suara tok aku yg nyaring tuww time marah cucu-ii dyee :') . aku akn rindu suara dye tuww . kalau dye masih sihat . mesti balik kampung niee dengar riuh 1 rumah tuww dgn suara dyee . :'( tapi sekrang x lagii . air mata bakal turunlah nanti . sebab suara yg terlalu merdu tuww dh takda lagi :'( :'( tok dh lumpuh . tak bolee bercakap . sekarang dh nazak . hanya mampu terbaring dan tunggu ajal sajaa . :'( :'( sumpah aku tak kuat . aku takut nanti aku orang yang paling meraung menangis kat situww :'( aku x boleh tengok tok macam nie . :'(

tok tunggu kakak balik tau :'( tok kene kuat sebab kakak nak sangat-ii jumpa tok cakap dengan tok walaupun nanti kakak takkan faham :'( . kakak doakan tok sembuh . sembuh bukan lagi teruk tokk :'( kakak nak beraya dengan tok tahun niee . 

♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Yana ! Kalau Suka Like Oke !ヅ♥

Bulan Kemerdekaan



helloo . peace(y) yaww . heyy . sebenarnya entry nie yana nak post 2 3 hari lepas lagi . tapi terlalu sibuklah . jadi baru hari nie nak post . huhu . ehh masing-ii dah kenyang kee berbukak tadi ? makan apee korang semua ekk ? tadi yana makan mee goreng jek . sedap tau . hikhok ^^' eerrrmmm . heyy-ii hari nie yana happy sangat-ii laa . kenapa ekk ? ishh ! semua nak tau . haha . biarlah yana sorang jek yg tauu ekk :) terlalu happy sangat sampai taknak bagitau orang . *terukkan* haha :D .

eheemm ! dah nak rayaa kita kann ? lagi 2 minggu jek nak rayaa . untung sangat-ii sape yg xda exam besar tahun nie --' . yelaa tahun nie yana nak SPM . trial SPM lepas rayaa pulak tuww . heyy ! ngadap buku laa citenya yana rayaa tahun nie . nak ngadap biskut rayaa . lemang . ketupat . duit rayaa lebih-ii memang tak laa kann :') eerrrmm~ takpe demi masa depan yana yg akan datang kene lahh korbankan semuanya :') kann . kann ? ^^"

ehh . ehhh kita dah masuk bulan 8 laa :O . yeeaaahhhh . bulan 8 tandanya "bulan kemerdekaan" kann ? :) korang dah ready nak sambut kemerdekaan tahun nie ? ehhem ! siapa yg masih budak sekolah ? angkat tangan ^^' . ehh sekolah korang buat apee ekk time sambutan kemerdekaan nanti ekk ? kongsilah siket . hihik . sekolah yana kann ada macam-ii aktiviti dijalankan . antaranya . buat esei bagi menengah rendah/atas . lukis poster . lukis gambar tokoh-ii . buat kain bentang tiap-ii kelas . persembahan dari setiap kelas . nyayian lagu patriotik bagi setiap kelas & lain-ii . banyakkan ? yelaa kann cikgu yana cakap tahun nie lama sambutannya o_O' apa-ii jelaa . 

haaa~ sempena bulan kemerdekaan nie . budak-ii kelas yana iaitu 5ZA bersemangat sangat-ii nak sambut kemerdekaan tahun nie . aaauummm <3 kami siap hias kelas-ii dengan penuhkan kelas dengan bendera Malaysia . semangat taa ? haha! kami nak tinggalkan kenangan yg paling indah kat sekolah kami sebelum kami tamat zaman persekolahan . sebab tuww laa terlalu semangat . hihi ^^" korang macam mana ? mesti lagi semangat kann . hehe . okeyy laa yana ada banyak kerja lagi nak buat . lain kali yana post lagi okeyy :) 



♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Yana ! Kalau Suka Like Oke !ヅ♥

kerja kursus seni *tie & dye*


helloo~! lamanya yana tak update blog yana nie 
yaAllah dah berhabuk dah arr :O HAHA
sorry guys~! yana agak sibuklah sejak-II nie
biasalah hari SPM makin lama makin dekatkan
bermacam-II program yg diadakan kat sekolah yana tuu

okeyy hari nie yana nak kongsi 1 cerita lagi at you all :D
sekarang yana dalam proses nak siapkan kerja kursus seni visual
yang hamek seni untuk SPM mesti tau kann ;)
siapa hamek tie & dye ? angkat tangan . HAHA
*okeyy stop berjenaka yana ><*

okeyy sekarang kerja kursus yana berjalan dengan sempurna
anda yang lain bagaimana ? adakah dah siap atau sebaliknya ? :O
siapa yang tak siapa lagi cepat-II laa siapkan okeyy guys ;)
sejujurnya yana nak sampai ke tahap sekarang memang sukar
tapi kita tak boleh mengalah okeyy guyss !

nak tahu cara-II buat tie & dye ?
HAHA~! mula-II yana ingat susahlah sangat
tapi takda laa susah mane pun . tapi tak siap-II jugak kann ? :D
serius~! happy kalau dapat buat tie & dye nie
kita boleh tambah pengetahuan kita jugaa

kalau nak tau cara-II buat tie & dye
jom sama-II kita tengok dibawah nie okeyy
sorry hanya dapat gambar saja
video tak sempat nak hamek laa . HAHA 



heyy~! ada poconglah :O
HAHA itu bukan poconglah wahai sayang :D
itu ikatan untuk buat tie & dye
ikatannya boleh bermacam-II cara
buat mase sekarang yana dapat buat yg tuu saje 
sebenarnya banyak lagi yg yana buat tapi tunjuk yg nie saje laa ;)
nak ikat kain tuu perlulah dengan sekuat-kuat
supaya cecairnya nanti boleh bezakan :)


ini dah mula untuk mencelup kain yg diikat 
*maaf kami hanya guna berus . tak celup pun . HAHA*
semasa nak celup tuu anda perlu berhati-hati
supaya ia tak nampak comot okey
sebelum anda nak celup tuu anda perlu memakai sarung tangan
supaya tangan anda tak kotor nanti :)
*perlu teliti semasa nak buat nie tau* -.-"


selepas celup anda perlu jemurkan kain tersebut 
supaya ianya kering jangan lupa bukak ikatannya okeyy
selepas kering anda kene rendam dengan air "siksoda"
*maaf tak tau ejaan dia macam mana . HAHA*
setelah siap direndamkan anda jemurkan ia lagi
kegunaan siksoda ini untuk matikan pewarna
kalau anda tak letak nanti basuh warna akan luntur semula :)

okeyy sampai sini saja dapat yana kongsikan at anda :)
SELAMAT MENCUBA~!


♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Yana ! Kalau Suka Like Oke !ヅ♥

K.A.W.A.N



heyy semua sihat semua :)
boleh kann yana nak kongsi cerita dengan anda semua ?
makin lame yana duk kat JOHOR nie
yana makin serabut dengan peragai kengkawan yana
semuanya fikir kann hal orang lain -,-"

kadang-II yana rase tertekan sangat dengan perkara nie
yana x faham dengan peragai orang sini
yana dah diajar dari kecik buat baik dgn orang
walaupun orang jahat dgn kite :')
yana tak kisah orang nk cite buruk sal yana
tapi jangan sesekali cite buruk tetang keluarga yana >,<"

sekarang yana ada maslah dengan kwan sekelas sendiri
mungken sekolah nie tak ramai orang
mereka jadi gini kot
yana dari sekolah rendah hingga tingkatan 3
yana friendly dengan orang walaupun orang tuu x suke dengan yana
tapi kat sini lain sesangat -,-"
kalau x ajak siket cakap lupe kawan
yana kat sane x de erti lupe kawan
orang nie pergi kat kawan nie yana pergi kat kawan lain
nanti kalau jumpe berbual macam biasa
tapi sni lain x macam tempat yana

betullah mak yana cakap ini bukan tempat kite
jadi jangan buat hal kat sni
baru yana sedar sini bukan tempat yana
yana dibesar di PERAK bukan di JOHOR
jadi hati yana maseh di sane bukan disini :'(
yana rindu dengan kengkawan yana kat sne
yg friendly juga bukan macam kat sini :'(
sumpah! yana tak tahan duk lelame kat sni

mungken lepas habis SPM yana akan duk sane
yana akan duk dengan nenek yana yg kat perak
biarlah parents yana duk sni tapi yana tetap nak balek sana

kawan memang tempat kite kongsi suka & duka
tapi kat sini bukan :'(
kawan-II yana kat sane jenis macam gini
yana ada kawan karib juga kat perak tapi xde macam gini laa weyh :'(
yana tak faham dengan orang sini 
TAK FAHAM!

TOLONG HENTIKAN SEMUA INI!

♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Yana ! Kalau Suka Like Oke !ヅ♥

kem orientasi & tahunan PKBM(L) zon selatan





heyy kengkawan yana semua :)
lame taa tunggu cerita seterusmya dari yana *perasan pulok kann ^^"
sebelum nak mulakan cerita yana nk mintak maaf dulu ok
sebab lame mendiamkan diri
yana sibuk sangat laa sebelum nie dgn pelbagai latihan 
seriusly memang penat kot untk persiapan untuk ke kem
kem ? ok minggu lepas yana telah menjalani 1 kem kat tmpat yana
nme kem yer....tengok tajuklah , hihik *malas nk tulis , terukkan >,<"
ok yana akan ceritakan sepanjang aktiviti yana kat sana :)
bermulanya kem nie dari 26-30/04/2012 selama 5hari *lamekan :)
sebelum tuu ape itu PKBM(L) ?? ^^"
guys PKBM(L) tuu singkatan bg nme "Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (Laut)"
oke daa terang ? nie antara unit uniform yg ad kat sekolah yana
ia ad kene mengena dgn NAVY
mesti semua tau apa itu NAVY kann ?
kalau tak tatau juga mesti ramey tau TLDM iaitu
"Tentera Laut Diraja Malaysia" tau kann ? -,-"
ok bolee laa kite mulakan cerita , hehehe ^^
selama 5hari yana menjalani kem nie
memang seronok sesangat berbanding dgn tahun-II sebelum nie
nak tau tahun sebelum nie ape terjadi ??
PKBM(L) nie latihannya sama juga seperti budak-II rekriut (betul ke ta betul ejanya)
tapi budak-II rekriut lagi teruk latihannya
kami hanya budak sekolah jurulatih hanya bg sederhana saja
antaranya seperti guling , lari , jalan itik , lompat katak , pumping & sebagainya
teruk taa ? bagi yg ta pernah rase tuu mungken akn cakap "eee! teruknya"
bg yg pernah rase sudaa lali dgn semua nie , aiceee :D
yana bertahan selama 5 tahun maseh edop , menteng lagi :D
oke da jauh ceritanya -,-"
sambung ceritanya kawan-II maaf banyak mengarut -,-"
oke hari pertama kami semua kene kemas dom masing-II
petangnya kepada budak-II yg tak pernah orientasi pergi orientasi
yana & yg pernah jalani orientasi apa lagi
kami lepak , sembang , gelak ketawa
tuu jelah untungnya kalau tengah tunggu budak-II orientasi balek :)
dan hari-II seteruanya kami telah menjalani latihan
menembak , kawad , tali menali & tiupan
maaf lupa hari & tarikh bile latihan nie dijalankan -,-"\
kami bukan ada latihan saja
setelah selesai latihan kami turut menyertai pertandingan yg diadakan oleh jurulatih :)
oke sebelum cerita panjang
mari kite usya-II gambar yg ada dibawah nie
gambar-II nie semuanya aktiviti sepanjang kami berada di KD SULTAN ISMAIL


oke nie gambar tyme 7 buah sekolah da sampai ke destinasi ^^"
ehh-II lupe pulok nak bagi tau sekolah yg terlibat -,-"
oke sekolah yg terlibat ialah 
smk tg.pengelih , smk sains , smk gelang patah , skolah tun fatimah , TSNI & SDARY
maaflah yg tulisan besar tuu tatau nme pnjang ^^


gambar diatas nie pulok
antara gambar-II orientasi sorry dapat masuk yg nie jek
gambar laen nak download lambat sesangat *teruknya malas -,-"

nie pulok antara malam motivasi untuk semua kadet
penceramahnya pulok ialah ustaz dari sekolah yana
sekolah menengah kebangsaan tanjung pengelih :)
nme ustaz yg dijemput islah ustaz muliade bin ummat


oke nie yg letak tgan kat atas kepale bukan yer kene denda oke ^^"
mereka peserta yg menyertai pertandingan tali menali
bg sekolah yana telah mendapat tempat ke-4 dari 7 buah sekolah :)
tahniah buat peserta tali menali :)



gambar seterusnya nie pulok
peserta bagi tiupan
gambar siket jek , hehehehhe . sorry oke ^^"
sekolah yana bg tiupan yana tak pasti dapat no bape
tapi tahniah juga untuk peserta tiupan :)


nie penerangan tentang kegunaan senjata api
yg telah bg penerangan tuu ialah GI zamri


nie baru pertandingan menembak
bagi sekolah yana menembak kami menang dgn tempat ke-3
tahniah untuk peserta menembak :)


seterunya kami diadakan pertandingan kawad kaki pulok
sekolah yana telah mendapat ke-3 bg kawad kaki
kami semua ta menyangka yg kami akan dapat tmpat ke-3
serius kawad kaki sekolah yana memang hancur :D
tapi Alhamdulillah kalau ad rezeki ad juga :)
tahniah bg peserta kawad kaki


nie pulok gambar tyme kami turut menyebok untuk pertandingan memancing
jurulatih kami beri kebenaran jalan-II kat jeti KDSI
ta lem sekejap saje
tapi dengan mase yg sekejap tuu juga yana dapat jumep family yana
biaselah family duduk kat KDSI dekat jelah ^^"

heyy kengkawan ad gambar lagi laa sebenarnya :O
gambar untuk malam mesra 
aaww! gambar malam mesra tak diambil laa -,-"
yana mintak maaf atas kesilapan teknikal :D
sorry guys -,-"

tapi yana akan kongsi juga oke
malam mesra adalah malam yg paling seronok bagi semua kadet
sebab selepas malam mesra keesokkan harinya semuanya akan balek :))
haaa! sekolah yana telah buat persembahan zapin dimalam mesra
dan kami telah menang di tempat ke-2
hebat bukan ? :D
tahniahnya buat peserta zapin :)

oke laa rasenya cukuplah sampai disini saje yg dapat yana kongsi
sepanjang yana menjalani kem nie :)
seronok sangat tahun nie rase cm tana balek wookkk :D
rindu dgn semua kengkawan kat kem
lagi laa rindu lepas nie sebab tahun nie tahun last yana join PKBM(L)
pape pun hope PKBM(L) makin maju jaya

GEMPUR.!..WIRA!...GEMPUR!...WIRA!...GEMPUR!...WIRA!


♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Yana ! Kalau Suka Like Oke !ヅ♥

♥ Follower ♥