My photo
hey I'm yana. This blog where i express everything. hope you enjoy it

Alhamdulillah

 
 
Ya Allah rindunya nak type dekat blog nih. Hehe! Dah lama sangat tak update story kat sini. Sebab yana dah jarang sangat online guna, asyik guna handphone sajaa. Yelaa abah kan dah duk Perak yana stay kat Johor dengan mak & adik2. So abah bawaklah lappy kesana untuk kerja dia :)
 
Okey! korang semua sihat ke? kalau yana sihat Alhamdulillah. makin berisi sekarang. Kuat makan pulak tuu. Hehe. Yang dag sambung study tu, amacam study korang? Okey? Yana doakan korang Berjaya dengan cita-cita korang ea :) Kalau yana belum sambung lagi sattlekan hal pindah dulu baru fikir nak study. Lagipun yana dh apply poli untuk intake kedua ni. Hope yana dapatlah, korang pun doakan yana okey ;)
 
Haaaa! About love. Taraaaaa! haha. Hmmm boyfie yana yg sebelum ni yana dah lama jugalah break dengan dia sebab kami memang tak sehaluan :( asyik nak gaduh sajaa. Tiap2 hari ada saja salah yana dia nak cari. So yana agak stress dengan paksaan dia. So yana terpaksalah tinggalkan dia. Sebenarnya family yana pun tak suka sangat orang desak anak perempuan dia yg sorang ni. Hehe ;)
 
Now yana ada pengganti dia. Hmmm nak kata cepat tu tak jugalah. sebab dekat berapa bulan tah kami break. Lagipun dia yg cepat dapat pengganti yana :') it's okeyy awak. Saya doakan awak bahagia dengan pilihan awak sekarang okey ;) Hmmm so siapa lelaki itu? Hahaha! Agak secret sikitlah. Hehe btw nama dia adalah Mr.Ma. I love him so much! Taktau kenapa timbul perasaan saying sangat dengan dia. Mula2 kami hanya berkawan biasa sajaa. last jadi pasangan macam nih. Ehem! tapi bagi pengetahuan korang, kami tak pernah "minta couple antara satu sama lain" dia terjadinya sendiri. Cewaahhhh! Lalalalala. Ada masalahkah? Haha.
 
Alhamdulillah yana rasa bersyukur sangat sebab Allah temukan kami. Sedangkan kami dah berkawan agak lama juga. Tak pula timbul perasaan ni sebelum ni yee :p . Serius apa yg ada dekat diri dia, itulah lelaki yg yana inginkan. Yana beryukur sangat, Alhamdulillah :') yana harap hubungan kami ni akan kekal. Dah penatlah putus cinta ni. Hmmm oakan kami okeyy guys. Okeyy love u guys, lain kali yana update lagi okey. Nak tidur dah laa :*

♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Yana ! Kalau Suka Like Oke !ヅ♥

Inginkan kulit sihat ??

Hyee semua :) sihat tak hari niee ?? Okeyy sekarang yana akan cube luangkan lebih masa kat blog yana nie untuk shared cerita dengan korang semua . Apa yang yana tau InsyaAllah yana akan shared dengan korang semua okeyy . Hari nie yana nak shared tentang sesiapa yang nak kulit nampak sihat .

Makanan mempunyai peranan yang sangat penting dalam menjaga kesihatan kulit samada matahari atau pencemaran. Berikut merupakan beberapa jenis makanan yang perlu diambil supaya kulit sentiasa sihat dan terhindar daripada kerosakan yang disebabkan oleh radiasi sinar matahari . Jom kita tengok sedikit sebanyak tips kecantikan :-



1. OREN

             Oren mengandungi limonene (senyawa kimia ekstrak kulit oren). Berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap 470 lelaki dan perempuan, didapati bahawa senyawa kimia ini mampu mengecilkan risiko kanser kulit sehingga 34%. Limonene banyak terdapat pada kulit oren, bahagian dalam dan luarnya. Senyawa ini mampu melawa molekul senyawa yang tidak stabil (radikal bebas) akibat radiasi dan merosakkan tubuh. Untuk mendapatkan manfaatnya, kulit oren boleh diadun menjadi kek dan kuih ataupun dicampur dalam teh suam.

2. TEH HIJAU

              Teh hijau bermanfaat untuk kesihatan kulit kerana kandungan antioksidan yang terdapat didalamnya iaitu Epigallocatechin gallate atau EGCG. EGCG merupakan sejenis senyawa yang kebiasaannya terdapat pada daun teh, daun pisang dan beberapa tanaman lain. Zat ini hanya ditemui pada teh hijau tetapi tidak pada teh hitam. Menurut EGCG ini mampu menghentikan kerosakan genetik pada kulit manusia akibat paparansinar UV yang berlebihan. Selain itu, zat ini berguna untuk menghalang pertumbuhan sel kanser kulit.

3. LOBAK DAN SAYURAN BERWARNA MERAH 

              Lobak dan sayuran berwarna merah, kuning dan oren mengandungi karotenoid (zat yang memberiwarna merah semulajadi pada sayur-sayuran dan buah-buahan) yang diketahui mampu mengurangkan risiko kulit terbakar oleh sinar matahari. Kandungan beta karoten berfungsi sebagai antioksidan yang menghalang proses penuaan pramatang. Selain itu, ia juga mampu mencegah dan menghalang pertumbuhan sel kanser pada kulit.

4. SALMON

              Salmon merupakan sumber terbaik asid lemak omega-3. Kandungan asid lemak omega-3 terbukti berkhasiat untuk melawan perubahan DNA sel-sel kulit yang akan berubah menjadi sel kanser. Selain itu, minyak pada ikan membantu mengurangkan masalah kulit terbakar.

5. BAYAM

               Sayur yang mempunyai daun berwarna hijau gelap seperti bayam, salad dan lain-lain ternyata mengandungi banyak zat antioksidan. Kandungan antioksidan yang terhadap di dalam bayam dikenali sebagai lutein dan zeaxanthin mampu menghalang pertumbuhan sel-sel perosak yang pertumbuhannya dirangsang oleh sinar UV dalam tisu kulit.

6. WALNUT

               Sama seperti salmon, walnut mengandungi banyak asid lemak penting omega-3 yang membantu mengatasi kulit terbakar disebabkan paparan sinar matahari. Selain itu, walnut juga mengandungi antioksidan yang mampu melindungi sel radikal bebas dan pertumbuhan sel kanser dengan cara mengutakan sistem kekebalan kulit.
:: Okeyy itu tips-tips yang dapat yana kongsi dengan korang semua . selamat mencuba yee ;)


♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Yana ! Kalau Suka Like Oke !ヅ♥

♥ Follower ♥