My photo
hey I'm yana. This blog where i express everything. hope you enjoy it

Inginkan kulit sihat ??

Hyee semua :) sihat tak hari niee ?? Okeyy sekarang yana akan cube luangkan lebih masa kat blog yana nie untuk shared cerita dengan korang semua . Apa yang yana tau InsyaAllah yana akan shared dengan korang semua okeyy . Hari nie yana nak shared tentang sesiapa yang nak kulit nampak sihat .

Makanan mempunyai peranan yang sangat penting dalam menjaga kesihatan kulit samada matahari atau pencemaran. Berikut merupakan beberapa jenis makanan yang perlu diambil supaya kulit sentiasa sihat dan terhindar daripada kerosakan yang disebabkan oleh radiasi sinar matahari . Jom kita tengok sedikit sebanyak tips kecantikan :-



1. OREN

             Oren mengandungi limonene (senyawa kimia ekstrak kulit oren). Berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap 470 lelaki dan perempuan, didapati bahawa senyawa kimia ini mampu mengecilkan risiko kanser kulit sehingga 34%. Limonene banyak terdapat pada kulit oren, bahagian dalam dan luarnya. Senyawa ini mampu melawa molekul senyawa yang tidak stabil (radikal bebas) akibat radiasi dan merosakkan tubuh. Untuk mendapatkan manfaatnya, kulit oren boleh diadun menjadi kek dan kuih ataupun dicampur dalam teh suam.

2. TEH HIJAU

              Teh hijau bermanfaat untuk kesihatan kulit kerana kandungan antioksidan yang terdapat didalamnya iaitu Epigallocatechin gallate atau EGCG. EGCG merupakan sejenis senyawa yang kebiasaannya terdapat pada daun teh, daun pisang dan beberapa tanaman lain. Zat ini hanya ditemui pada teh hijau tetapi tidak pada teh hitam. Menurut EGCG ini mampu menghentikan kerosakan genetik pada kulit manusia akibat paparansinar UV yang berlebihan. Selain itu, zat ini berguna untuk menghalang pertumbuhan sel kanser kulit.

3. LOBAK DAN SAYURAN BERWARNA MERAH 

              Lobak dan sayuran berwarna merah, kuning dan oren mengandungi karotenoid (zat yang memberiwarna merah semulajadi pada sayur-sayuran dan buah-buahan) yang diketahui mampu mengurangkan risiko kulit terbakar oleh sinar matahari. Kandungan beta karoten berfungsi sebagai antioksidan yang menghalang proses penuaan pramatang. Selain itu, ia juga mampu mencegah dan menghalang pertumbuhan sel kanser pada kulit.

4. SALMON

              Salmon merupakan sumber terbaik asid lemak omega-3. Kandungan asid lemak omega-3 terbukti berkhasiat untuk melawan perubahan DNA sel-sel kulit yang akan berubah menjadi sel kanser. Selain itu, minyak pada ikan membantu mengurangkan masalah kulit terbakar.

5. BAYAM

               Sayur yang mempunyai daun berwarna hijau gelap seperti bayam, salad dan lain-lain ternyata mengandungi banyak zat antioksidan. Kandungan antioksidan yang terhadap di dalam bayam dikenali sebagai lutein dan zeaxanthin mampu menghalang pertumbuhan sel-sel perosak yang pertumbuhannya dirangsang oleh sinar UV dalam tisu kulit.

6. WALNUT

               Sama seperti salmon, walnut mengandungi banyak asid lemak penting omega-3 yang membantu mengatasi kulit terbakar disebabkan paparan sinar matahari. Selain itu, walnut juga mengandungi antioksidan yang mampu melindungi sel radikal bebas dan pertumbuhan sel kanser dengan cara mengutakan sistem kekebalan kulit.
:: Okeyy itu tips-tips yang dapat yana kongsi dengan korang semua . selamat mencuba yee ;)


♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Yana ! Kalau Suka Like Oke !ヅ♥

No comments:

Post a Comment

>Assalamualaikum
>silakan tinggal comment anda disini
>satu pun jadilah ^^'

♥ Follower ♥