My photo
hey I'm yana. This blog where i express everything. hope you enjoy it

6 ciri lelaki berkualiti


hyee semua . lamanya yana x update blog yana niee . maaflah yana sibuk dengan SPM yg tengah berlangsung . dan sekarang yana dah habis paper . rasa lega kepala otak . apa yang diajar oleh cikgu selama nie yana keluarkan habis-habisan . hehe . alhamdulillah yana dapat habiskan paper yana :) tentang result ??? tuu tolak tepi dulu . sekarang yang yana tau bertawakal sajaa laaa . kalau ada rezeki dapat lebih . kalau takde rezeki nak buat macam mana yana dah cuba sedaya upaya yana :) 

ehhh . bukan cerita tentang SPM yang yana nak kongsi dengan anda semua niee . tengokkan tajuk kat atas nun :) okeyy tentang itu yang yana nak kongsi dengan korang niee . 

dalam membuat pilihan hidup , tentu saja lelaki inginkan yang terbaik dari pasangannya iaitu akhlaknya , keturunannya , sikap dan sebagainya. jika lelaki ada kriteria memilih pasangan ,  wanita juga begitu , memilih lelaki yang berkualiti . justeru itu bagaimana menjadi lelaki yang berkualiti ?? jom tengok bawah nie.......:-

1. Mempunyai kerjaya tetap
              Kerjaya lelaki adalah asa utama wanita memilih anda. Lebih tinggi kerjaya, pendapatan dan masa depan yang konsisten, lebih bernilai anda di mata wanita. Jangan cepat mengalah jika tidak mendapat pendapatan tinggi sebaliknya usahakan segala kudrat kerana anda sememangnya dilahirkan sebagai khalifah untuk memimpin wanita.

2. Berfikiran matang
              Wanita tidak suka lelaki yang tidak mampu memberi buah fikiran terbaik saat mereka memerlukan anda. Dalam hal ini anda harus matang, bermakna anda perlu mempunyai pengetahuan luas khususnya dalam perkara membuat suatu keputusan.

3. Mampu selesaikan pelbagai masalah
               Masalah memang menyemakkan kepala tapi lelaki berkualiti mampu menyelesaikan dan mendepani masalah dan menanganinya dengan sangat bijak. Lari daripada masalah bukan penyelesaian, sebaliknya cara anda menanganinya membuatkan saham anda di mata wanita sangat tinggi.

4. Urus masa dengan baik

               Ramai lelaki tidak mempu mengurus masa sendiri. Banyak masa dibuang begitu sahaja dengan melepak, borak kosong, mengganggu di jalanan dan sebagainya. Ia adalah satu tindakan kurang bijak. Agar anda lihat berkualiti di mata wanita maka sikap ini perlulah dibuang jauh.

5. Setia
                Anda mungkin biasa mendengar lelaki golongan yang sukar setia dan sering bermata keranjang. Namun untuk memilih yang terbaik dalam hidup seterusnya masa depan anda yang masih panjang, kesetiaan amat perlu. Banyak rumah tangga runtuh dan puncanya kerana lelaki tidak setia pada pasangannya.

6. Tidak bertindak ganas
                Lelaki sering dikaitkan dengan sikap panas baran. Namun memukul wanita adalah perkara yang tidak boleh anda lakukan. Kalau tangan dan kaki sudah naik ke tubuh, alamatnya hubungan anda tidak akan kekal lama.



♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Yana ! Kalau Suka Like Oke !ヅ♥

No comments:

Post a Comment

>Assalamualaikum
>silakan tinggal comment anda disini
>satu pun jadilah ^^'

♥ Follower ♥